Oct 30, 2011

Sukan Malaysia...

  • pada era langit terbuka ini, pelbagai isu mengenai sukan negara timbul dan tidak diselesaikan dengan cara yang betul dan tepat...
  • saya bukanlah pakar dalam bidang sukan dan saya bukanlah pelajar aliran sains sukan, penggiat aktif sukan pun bukan...
  • tetapi, sebagai negara yang sedang membangun seperti Malaysia, sukan merupakan satu elemen penting...
  • program 1Murid 1Sukan yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dipuji... cuma cara pengendalian program tersebut tampak lemah...
  • memanglah pada hakikatnya kita tidak nampak di mana terletaknya sukan untuk memajukan negara...
  • jika kita teliti negara2 yang kuat bagi sukan2 yang terkemuka dunia seperti bola sepak, rugbi, badminton, tenis, bola keranjang, dan sebagainya; negara tersebut pasti akan terkenal...
  • tidakkah kita sedar apabila negara kita terkenal di seluruh dunia, bilangan pelancong asing dan pelabur asing akan meningkat...
  • kini, negara kita sudahpun dilawati oleh ramai pelancong di seluruh dunia(tempat ke 9 negara yang paling ramai dilawati oleh pelancong asing pada tahun 2010)...
  • tidakkah kita mahu meningkatkan lagi pencapaian tersebut...? jangan sesekali kita mudah berpuas hati...
  • lihatlah England yang menerima banyak pelaburan daripada luar disebabkan bola sepak di negara tersebut... bayangkan, kemajuan England sahaja sudah cukup untuk memasyurkan nama United Kingdom...
  • apakah Kuala Lumpur sahaja sudah cukup untuk memasyurkan Malaysia di mata dunia...? mungkin cukup... tapi tidaklah sekukuh England kerana Kuala Lumpur hanyalah sebesar zahrah sahaja kalau nak dibandingkan dengan England...
  • China juga boleh dijadikan sebagai contoh... dengan menjadi tuan rumah banyak acara sukan bertaraf dunia(Sukan Olimpik dan Sukan Asia) sahaja sudah cukup untuk menjadikannya terkenal dan menyebabkan China menjadi salah satu kuasa besar ekonomi dunia...
  • tidakkah kita mahu menjadi seperti itu...?
  • ini tidak... jika ada yang mencadangkan supaya Malaysia menjadi tuan rumah acara2 sukan bertaraf dunia, ada sahaja yang membangkang dan memboikot...
  • memanglah kewangan sangat penting untuk menjadi tuan rumah... tetapi, cubalah dahulu baru mengalah...
  • rancang dahulu dan meminimakan perbelanjaan... jika tidak boleh, barulah menarik diri...
  • kemudahan sukan sudah ada... cuma perlu dinaiktaraf sahaja sebenarnya...
  • masalah2 dalam badan2 sukan juga perlu diatasi dengan bijak...
  • jika ada krisis, atasi dengan segera dan bijak... janganlah politikkan krisis2 tersebut...
  • krisis antara jurulatih dengan pemain, antara pemain dengan badan2 sukan, antara jurulatih dengan badan2 sukan, dan sebagainya haruslah dielakkan...
  • masalah tersebut mampu mencacatkan prestasi sukan negara...
  • jika prestasi sukan negara merundum, ada sahaja negara yang akan menghina dan mengejek Malaysia(faham2 sahajalah)...
  • kita pasti tidak suka apabila hal tersebut berlaku...
  • kita sebagai orang umum janganlah hanya reti mengkritik sahaja... jika tidak puas hati nyatakan pendapat dengan baik... jika tidak dapat respon barulah bertindak... tetapi jangan terlalu over... jadilah manusia yang bertamadun...
  • bayangkan jika kita ditempat orang yang kita mengkritik, ada kita akan menjadi lebih baik daripada orang itu? fikir-fikirkanlah...
  • kita berada dia negara yang mempunyai high human development index... jadi fikirlah secara matang... janganlah hanya tahu memprotes dan mengkritik keras sahaja...
  • saya rasa ini sahajalah pendapat saya... jika tulis panjang2 bukan ada yang mahu baca sampai habis pun...
  • saya bukan terlalu hardcore dalam sukan... tetapi saya hanya prihatin... saya tidak mahu apabila di Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan Sea, mahupun Sukan Olimpik, kita hanya membawa pulang 1 atau 2 pingat sahaja...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Instagram

Instagram

Twitter