Jan 31, 2013

Malaysia & Indonesia

Malaysia dan Indonesia merupakan 2 buah negara yang berjiran dan berkongsi banyak budaya yang sama... Malah, Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia juga boleh dikatakan agak serupa walaupun banyak perkataan yang berbeza...


Menurut pemerhatian saya, demonstrasi di Indonesia merupakan perkara biasa... Saya yakin ia dipengaruhi oleh jumlah penduduk yang ramai... Jadi, demonstrasi tidak dapat dielakkan dalam masyarakat Indonesia... Malah ada yang berpendapat bahawa demonstrasi merupakan satu industri di negara mereka... Namun, dalam masa mereka berdemo, mereka tahu menjaga batas-batas mengikut undang-undang yang ditetapkan...


Malangnya, apabila rakyat Indonesia berdemo di hadapan bangunan Kedutaan Malaysia di Indonesia, mereka gagal menjaga batas-batas mereka... Mereka bakar bendera Malaysia, mereka pijak bendera kita, mereka mempersendakan negara kita, mereka juga! membaling najis ke arah Jata Negara kita yang terpampang megah di hadapan bagunan kedutaan...




Mereka kelihatan begitu marah sekali terhadap Malaysia... Saya juga hairan mengapa hal ini berlaku... Rakyat Malaysia dan Indonesia juga sering berhujah mengutuk antara satu sama lain di laman-laman siber... Ya, ini bukan pertama kali kita bertengkar... Indonesia juga pernah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia yang disebut "Ganyang Malaysia"... Mereka marah terhadap pertubuhan Persekutuan Malaysia pada ketika itu yang mengabungkan Sabah dan Sarawak bersama Tanah Melayu(Semenanjung Malaysia)... Jadi, saya tidak nafikan bahawa pada zaman-zaman sebelum ini, Indonesia pernah bergaduh dengan kita... Tetapi, tidaklah seteruk sehinggakan mereka menganggu kedaulatan kita... Bendera, Jata Negara, Raja, Pemimpin, Rakyat, malah Lagu Kebangsaan pun dihina juga... Tidak dapat kita bayangkan betapa marahnya mereka terhadap kita...
Saya ingin sekali tahu punca utama mereka melakukan sedemikian...


Sehinggalah baru-baru ini saya mendapat tahu faktor sebenar... Rupa-rupanya, ada orang Malaysia yang menjaja cerita-cerita yang kurang enak kepada rakyat Indonesia... 
Orang Malaysia yang pembelot ini mengatakan bahawa rakyat Indonesia di Malaysia ramai yang didera... Dia memberitahu mereka bahawa,  banduan-banduan Indonesia sering dirotan oleh polis-polis Malaysia... Padahal, di dalam penjara, sesiapa sahaja yang bersalah melakukan jenayah pasti akan dipukul dan dirotan oleh pihak polis tanpa mengira kerakyatan banduan tersebut... Bukan hanya rakyat Indonesia yang dirotan... Kita perlu faham situasi ini... Sesiapa yang membuat jenayah pasti akan dihukum...

Orang Malaysia yang durjana ini juga pernah membuat kenyataan di hadapan rakyat Indonesia bahawa beliau malu memakai batik daripada Malaysia kerana coraknya buruk... Dalam masa yang sama dia memuji batik-batik Indonesia... Secara tidak langsung dia mempersendakan budaya Malaysia dan menaikkan semangat propaganda rakyat Indonesia bahawa semua budaya Malaysia adalah plagiarisme...

Alangkah sedihnya negara kita kerana perlu membebankan diri sendiri untuk menampung berat pembelot ini di bumi Malaysia... Kepada orang yang dimaksudkan, berhentilah menggunakan kuasa-kuasa luar atau orang luar untuk menjatuhkan Malaysia dan kerajaannya...  Disebabkan dendam peribadi anda, semua rakyat Malaysia menjadi mangsa...

Bukan beliau sahaja, malah ramai lagi yang sering memburuk-burukkan Malaysia di hadapan warga asing... Terutama sekali, apabila diwawancara oleh pihak media daripada negara lain... Mereka tidak berfikir sebelum bercakap... Hanya memikirkan kepentingan peribadi sedangkan Malaysia mempunyai 28juta++ rakyat yang perlu dijaga imej dan nama baiknya termasuklah diri saya sendiri... Ada yang berkata bahawa Malaysia kadar jenayah tinggi... Ada yang kata Malaysia tiada kebebasan bersuara... Ada yang kita pilihanraya di Malaysia tidak adil dan bersih... Ada yang kata Malaysia kuat rasuah... Ada yang kata rakyat Malaysia tidak sopan... Habis tu, kau tu pun sama la?! Kau pun orang Malaysia kan?

Saya harap kita semua menjaga nama baik Malaysia... Janganlah menjaja cerita-cerita yang buruk sehinggakan kedaulatan dan nama baik negara tercemar... Kita sekarang sedang membangun dengan pesat...  Janganlah mengganggu dan membantutkan pembangunan negara... Wawasan 2020 amat penting kerana jika kita menjadi sebuah negara yang maju, banyak negara di dunia akan menghormati kita... Malahan mereka juga akan mendengar segala pendapat kita termasuklah menjaga kedaulatan bumi Palestine yang semakin mengecut luas tanahnya... Malah, kita juga boleh memberi pendapat bagi menghalang campur tangan asing ke dalam negara-negara di Asia Barat...

Kita harus ingat apa yang terjadi pada Iraq... Iraq dimusnahkan bukan kerana nama negara tersebut Iraq dan bukan kerana negara tersebut pengeluar minyak yang besar dan bukan juga kerana negara tersebut negara Islam... Tetapi negara tersebut dimusnahkan kerana mampu memberi ancaman kepada negara-negara kroni Yahudi... Kita belajar sejarah, betapa hebatnya bandar Baghdad dari segi keilmuan... Para saintis yang bejaya ramai berada di Kota Baghdad malah mereka lebih hebat daripada saintis-saintis Yahudi dan juga saintis-saintis kafir yang lain... Jika dicampur dengan kuasa ekonomi Iraq di mana hasil minyaknya yang amat banyak dan kejayaan dalam bidang keilmuan, adakah mustahil untuk Iraq menjadi kuasa besar dunia? Sudah tentu tidak... Jadi, cepat-cepat Yahudi memusnahkan Iraq... Mission Accomplished...!



Saya sangat2 tidak mahu Malaysia menjadi seperti Iraq... Dimusnahkan dalam sekelip mata... Mintak simpang jauh-jauh...!

Hakikatnya, Indonesia merupakan antara negara Islam yang boleh membantu kita jika negara-negara kroni Yahudi mahu menganggu kedaulatan Malaysia... Tetapi berlandaskan situasi sekarang, saya rasa perkara tersebut agak mustahil... Kerana mereka juga marah pada kita, mengapa pula mereka harus membantu... Betul atau tidak?

Ini semua disebabkan tindakan segelintir pihak yang tidak memikirkan 28juta++ rakan senegaranya yang lain... Mereka hanya memikirkan tentang maruah dan peribadi diri sendiri sahaja...!

Jelas sekali mereka bekerja untuk Yahudi kerana sememangnya Yahudi tidak mahu Malaysia-Indonesia bersatu... Kita kena ingat, Selat Melaka merupakan laluan perdagangan yang amat penting kerana menghubungkan negara-negara di sebelah timur dan barat, tetapi sayang, sedikitpun kawasan di Selat Melaka tidak dapat Yahudi kuasai... Mereka hanya mampu menjalan hubungan diplomatik dengan negara kerdil di Selat Melaka iaitu Singapura... Malaysia dan Indonesia sedikitpun tindak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara... Ini misi mereka sekarang...!


Dalam era langit terbuka ni, Hubungan Antarabangsa(International/Foreign Relations) teramatlah penting... Jadi, tolonglah jangan jejaskan hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain...

The photo was taken in 2007
during Merdeka Day Celebration
(Ministry of Foreign Affairs)

50th Merdeka Day Celebration
(Ministry of Foreign Affairs)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Instagram

Instagram

Twitter

Currently Reading