Feb 13, 2013

Tak Rasa Berdosa Ke?

Salam...

Hakikatnya, bukan mudah untuk umat Islam sekarang mewujudkan rasa berdosa di dalam hati sekiranya tidak menunaikan solat fardhu...

Jika kita sudah biasa dengan ibadah solat fardhu, pasti akan wujud rasa berdosa di dalam hati jika kita tidak mengerjakannya... Selain itu, kita juga akan berasa tidak tenang ibarat ada sesuatu yang amat penting yang belum kita selesaikan... 

Cuba bayangkan kerja penting di tempat kerja dan assignment ketika masih belajar... Pasti kita akan rasa tidak tenang atau tak senang duduk jika kita tak siapkan tugasan2 tersebut... Ini pula solat, soal syurga dan neraka... Jika kita sudah biasa, pasti kita akan berasa lebih tidak senang duduk... Itupun, jika kita biasakan diri dengan solatlah... 

Saya faham, masih ada yang belum cukup solat fardhunya... Solat ni tiang agama... Orang takkan bina pepatah tu kalau solat tu tak penting... 

First sekali, paksa dulu diri anda untuk bersolat sekurang-kurangnya selama 3 bulan... Lepas tu, percayalah anda pasti mula berasa tidak tenang jika masih belum bersolat dan apabila anda telah bersolat, anda pasti akan berasa amat lega ibarat melepaskan 1000 beban dan tanggungjawab di bahu kita.... Selain tu, anda juga akan berasa lebih mudah menjalankan aktiviti2 dalam kehidupan seharian... 

Lama-lama, naik taraflah diri kita dengan mempelajari cara-cara solat fardhu yang lebih afdhal dan cuba melakukan ibadah sunat secara perlahan-lahan... Untuk belajar sesuatu, kita mesti ada keinginan dalam hati untuk mempelajarinya... Biarlah kita sendiri yang mencari sumber dan bahan... Bukan orang lain yang hulur dan sediakan... Barulah ilmu tu masuk dalam hati dan berkekalan... Betul tak...? 

Jadi, secara ringkas, paksa diri kita untuk bersolat secara basic... Kemudian setelah perasaan ingin menambah baik solat kita itu muncul, belilah buku atau cari di internet untuk ilmu-ilmu atau hal-hal solat yang ingin kita ketahui...



Ini soal hubungan kita dengan Allah SWT... Motivasi diri tu penting... Kita mesti ikhlas dalam hal hubungan kita dengan Allah... Bukan boleh dipaksa dan disuruh... Ya, kita mesti paksa diri kita untuk permulaan... Tapi, lama-lama perasaan ikhlas InsyaAllah akan timbul... Kita pasti tidak akan bersolat jika kita tak dipaksa atau disuruh... Apatah lagi belajar untuk bersolat secara sempurna... Rugi sangat...

Sepohon kayu dauunya rimbun,
Lebat buahnya serta bunganya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahnyang apa gunanta.

Ramai di antara kita yang pernah dengar lagu tersebut... Hayatilah...
Kebenarannya, kita dipaksa dan disuruh untuk bersolat oleh ibu bapa serta ustaz dan ustazah adalah kerana mereka ingin mengajar kita untuk membiasakan diri dengan solat.... Bukan hanya sekadar bersolat di hadapan mata mereka... Jika kita berkunci di dalam bilik kemudian solat diam-diam tanpa pengetahuan orang lain kecuali Allah SWT, itulah yang diidam-idamkan oleh mereka yang memaksa dan menyuruh kita untuk bersolat... 

Memang 'cliche', jika kita tanya "tak  rasa berdosa ke kalau tak solat?" dekat orang lain... Sebabnya, jika kita tak biasa bersolat, memang rasa biasa jika kita tinggalkan solat... Tak rasa apa-apa... Lainlah jika tanya para alim ulama... Ilmu agama mereka luas... Mereka amat takut terhadap kekuasaan Allah SWT dan menghormati serta menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW...
Perasaan kita berbeza-beza... Jadi, betulkan yang biasa, biasakan yang betul...!



Lepas saya nampak gambar di atas di laman FB, saya terus buat posting ni sebab bagi saya, tak guna jika kita buat pertanyaan sedemikan sedangkan bukan semua umat Islam akan berasa takut dan tidak tenang jika meninggalkan solat lima waktu... Bagi kaki clubbing, kaki arak, kaki judi mereka pasti tidak rasa apa-apa langsung...! Sikit rasa takut pun tidak ada...
Ingat...! Keazaman dam motivasi diri yang penting dalam bab hubungan kita dengan Allah SWT...

Mulakan dengan ilmu agama yang basic kemudian naik taraf mengikut kehendak hati kita... Jika kita diberi hidayah, mungkin kita boleh jadi lebih hebat daripada Ustaz Azhar Idrus atau Ustazah Abby Abadi Nor Bahyah... Tidak mustahil kita menerima lebih banyak hidayah Allah dengan bersolat kerana setiap bacaan dalam solat itu memuji dan membesarkan Allah SWT... 

Jangan terlalu memaksa diri kita menerima ilmu dengan banyak sekali gus... Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit... Jangan risau... Jadi bukit punya... Tapi kena terus belajarlah... Kalau tidak, nak jadi 'road bumper' pun tak boleh... Kan...?

Kemudian banyak-banyakkan dengar ceramah agama... Sekarang dekat youtube pun sudah banyak... Bukan apa, kadang-kadang bila dengar ceramah agama ni, perasaan insaf dalam diri tu tiba-tiba datang... Ceramah agama berunsurkan politik jangan dengar sangat...! Nanti mewujudkan perasaan saling membenci  pula... Bukan keinsafan... Kemudian terus lupakan niat asal untuk mempelajari ilmu agama dan mula berkecimpung dalam bidang politik bersama Najib Razak, Anwar Ibrahim dan UsopKarpal Singh Wilcha... 

p/s sesiapa yg menggunakan telefon bimbit android, bolehlah memuat turun aplikasi zairopray kerana aplikasi tersebut mengandungi pelbagai panduan bacaan dalam solat termasuklah solat sunat...


Daun sireh, daun pandan,
Terima kasih, syukran jazilan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Instagram

Instagram

Twitter