Mar 28, 2013

Mengalir Air Mataku...

Video yang dikongsikan di bawah merupakan tayangan video sempena Hari Polis ke-206 pada 25hb Mac yang lalu. Saya berharap agar anda dapat meluangkan sedikit masa untuk menonton keseluruhan video tersebut.

Video tersebut sedikit sebanyak boleh menambah semangat patriotisme dalam diri kita. Walaupun video memaparkan beberapa ucapan YAB Perdana Menteri kita. Saya faham, bukan semua yang suka terhadap pimpinan kerajaan sekarang. Tetapi sekurang-kurangnya ambillah mesej yang disampaikan oleh beliau sebagai pesanan oleh  seorang warganegara Malaysia terhadap warganegara Malaysia yang lain.

Sayu saya melihat keluarga2 anggota polis yang terkorban sewaktu Ops Daulat. Saya tidak dapat menahan air mata saya daripada mengalir apabila membaca Warkah Terakhir di dalam video tersebut.

Hayatilah....






Wahai Malaysiaku,

Aku bukanlah seorang perwira,
Gagah menghunus senjata,
Namun hati rela berjuang, 
Walau dengan cara sendiri,
Demi cinta ini.

Ku ingin kotakan seribu janji,
Sepanjang kedewasaan ini,
Ku ingin sampaikan pesanan,
AKULAH PENYAMBUNG WARISAN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Instagram

Instagram

Twitter

Currently Reading