Jan 3, 2014

Lesen Kereta Di Malaysia

Mungkin ada yang bercadang nak ambik lesen kereta (kelas D) tapi tak jelas tentang cara2 nak dapat lesen tu. Takpe2, saya pon sama dulu. Tak jelas. Jenuh search nak tau cara2 yg paling mudah nak dapat lesen. Ye, biasa la. Tak sabar nak bawak kereta kan. Mesti nak tau cara yg cepat dan mudah.

Mula2 korang boleh survey mana2 akademi memandu yg korang suka. Saya cadangkan Metro Driving Academy. Memang terbaeek! Tapi kalau korang bukan duduk sekitar Lembah Klang jangan pulak cari Metro nih. Memang tak jumpa la. hehe. Cari je la mana2 akademi memandu yg korang suka and dekat dengan tempat tinggal korang. Survey website institut2 memandu yg telah korang kenal pasti. Sebenarnya, cara yg paling senang korang nak dapatkan lesen kereta ialah dengan mengunakan ejen. Ataupun kalau korang kenal mana2 cikgu memandu lg bagus. Boleh terus mintak dia jadi cikgu korang kan. Tapi, kalau ada family korang yg ada kena mengena dengan institut memandu lg best. Owner ke, ejen ke, guru memandu ke. Apa2 lah, janji ada kena mengena. So, korang bolehla mintak tolong family korang tu uruskan semuanya. 
Tapi saya guna ejen. Ejen ni akan uruskan segala2nya. Transport semua ditanggung beres.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Instagram

Instagram

Twitter