Jan 3, 2014

Lesen Kereta Di Malaysia

Mungkin ada yang bercadang nak ambik lesen kereta (kelas D) tapi tak jelas tentang cara2 nak dapat lesen tu. Takpe2, saya pon sama dulu. Tak jelas. Jenuh search nak tau cara2 yg paling mudah nak dapat lesen. Ye, biasa la. Tak sabar nak bawak kereta kan. Mesti nak tau cara yg cepat dan mudah.

Mula2 korang boleh survey mana2 akademi memandu yg korang suka. Saya cadangkan Metro Driving Academy. Memang terbaeek! Tapi kalau korang bukan duduk sekitar Lembah Klang jangan pulak cari Metro nih. Memang tak jumpa la. hehe. Cari je la mana2 akademi memandu yg korang suka and dekat dengan tempat tinggal korang. Survey website institut2 memandu yg telah korang kenal pasti. Sebenarnya, cara yg paling senang korang nak dapatkan lesen kereta ialah dengan mengunakan ejen. Ataupun kalau korang kenal mana2 cikgu memandu lg bagus. Boleh terus mintak dia jadi cikgu korang kan. Tapi, kalau ada family korang yg ada kena mengena dengan institut memandu lg best. Owner ke, ejen ke, guru memandu ke. Apa2 lah, janji ada kena mengena. So, korang bolehla mintak tolong family korang tu uruskan semuanya. 
Tapi saya guna ejen. Ejen ni akan uruskan segala2nya. Transport semua ditanggung beres.


First step lepas korang register, lepas cop jari semua. Korang akan pergi kursus KPP. KPP tu Kurikulum Pendidikan Pemandu. Eh2! Make sure IC korang sihat sejahtera tau. Kalau tak, confirm korang akan kecewa. Tak masa KPP, masa Undang Test. Tak masa Undang Test, masa Pra-L. dan sebagainya. Nak mana? So, baik jaga IC korang.

Berbalik semula kepada kursus KPP. Kursus ni dalam 5 jam kot? Depends la. Kadang2 terlebih, kadang2 terkurang. Biasa la, manusia kan. Tapi kalau kat tempat saya, penceramah KPP ni lawak2 belaka. Mula2 masuk nampak macam garang, tapi masa berceramah kelakar la pulak. Gelak non-stop. Tak tidur engkau. Sapa kata ngatuk kursus KPP? Kat Metro, dua orang penceramah yg akan bagi taklimat. Pagi lain, petang lain. Kursus ni pagi hingga petang okay. Tapi kalau lawak macam kat Metro tak rasa sangat pon. Nampaaaak? Promote...


Dah habis KPP balik la. Lepas tu tunggu ejen atau cikgu korang datang ambik korang atau korang pergi sendiri untuk Undang Test/ Ujian Berkomputer. Ujian ni ada 50 soalan. Sebelum jawab 50 soalan tuh, ada ujian penglihatan. Sikit je. Jangan salah satu pon. Kalau salah walaupun satu, korang tak boleh proceed. Jangan risau sangat, senang je ujian penglihatan ni. Cuma careful part nombor2 tu je la. Takut salah tengok kan. Tapi saya ada dengar cerita, ada percubaan kedua. Tak tau la betul ke tidak. Sebab kena salah dulu baru tau. Haha. Siapa berani nak salah kan? Lagi satu, ujian berkomputer ni bukan dijalankan di institut memandu tetapi di pusat2 yg disediakan di seluruh negara (kalau weekend memang penuh pusat2 nih). Korang ikut je la orang yg bawak korang tu. Dia tau la pusat2 ujian yg ada, dont worry.

That's why kalau ambik lesen sendiri2 susah sikit. Sebab semua nak kena fikir en Tapi klu korang nak buat sendiri sorang2 pon boleh. Takde masalah.Cuma, next step nanti korang jugak yg susah kan?


Lepas dah lulus. saya dapat 48/50 okay :D Tunggu ejen atau cikgu korang bawak korang pergi bengkel Pra-L pulak. Bengkel Pra-L 6 jam. 3jam teori, 3 jam lagi amali. Untuk teori, korang boleh la masuk ramai2 dalam dewan. Tapi untuk amali. Jeng3! 1 cikgu 1 pelajar. 1 thumb pin pelajar, 1 thumb pin guru memandu Yeszza! Segala2nye kena cop cari. So, make sure jari korang pon sihat wal'afiat tau. Korang takde L lagi. So, keselamatan harus dijaga ye. That's why kena thumb pin bagai.

Dalam hal ni, kalau korang ada ejen atau cikgu sendiri, senang2 je korang dapat buat amali pada hari yang sama. Tapi, klu korang ambik lesen sendiri pandai2 la korang. Bila2 ada cikgu yg free baru la korang boleh buat amali 3 jam tu. Dah lambat korang dapat L. Tapi ada jugak staff2 kat institut memandu tu boleh tolong korang. Tapi, diorang still tak mampu untuk rebutkan guru memandu yg sedang free untuk korang. Ye la. Diorang pon banyak kerja jugak kan.

Dalam masa seminggu baru L korang siap, harap maklum. So lepas pra-L boleh rehat kejap sebelum sambung balik usaha-usaha mendapatkan lesen memandu.


Lepas dah dapat L, buat latihan amali untuk test JPJ. Yeah! Test JPJ. Tempoh matang L korang mesti at least sebulan okay? Selagi belum sebulan, tak boleh ambik test JPJ untuk dapatkan lesen Percubaan. latihan amali mesti minimum sama ada 8jam atau 10jam. Saya tak ingat, antara dua tu la. Tapi latihan amali ni best. Dapat round litar. Tapi, first time bawak jalan raya nervous oooo... Especially, kalau mati enjin. Kereta belakang mesti panas. Andai kata kalau dia marah korang, korang turun, tengok kereta dia auto ke manual. Kalau manual, just senyum and cakap, "mintak maaf saya budak baru belajar". Tapi kalau dia bawak auto, kau tarik dia then tunjuk clutch kereta kancil/viva yang korang bawak. Lepas tu tanya dia,"Kau ada?!" XDD

Frankly speaking, bawak kereta manual ni memang berganda2 lagi susah daripada bawak kereta auto. For the first timer lah. Sebab kena pandai kawal clutch. Kalau tak, enjin mati. sob... sob.. mati... T.T Kalau dah biasa bawak ye la tak mati.

Test JPJ kena book tempat at least 10 hari sebelum ujian. Lepas dah buat pra ujian (QTI) kat institut memandu, korang bolehla book tempat untuk test JPJ. Test JPJ ni lah kemuncak segala-galanya. Setiap institut memandu test jpj akan diadakan setiap minggu atau dua kali seminggu. Itupon kalau institut memandu tu ada litar jpj la. Kalau takde, saya pon tak tau korang akan test dekat mana. Sebab Metro ada litar sendiri. Belajar kat situ, test pon kat situ. Bukan Metro je actually, banyak lagi institut-institut memandu yang lain, jangan risau.

Test JPJ ada dua bahagian iaitu bahagian II (dalam litar) dan bahagian III (jalan raya). Bahagian I mungkin test komputer kot. So, kiranya ada 3 ujian la yang korang kena hadapi. Walaupun korang fail ujian bahagian II, korang tak boleh balik lagi sebab ujian bahagian III korang still kena buat. So, walaupun frust terpaksa la tunggu lagi kat situ kan. Untuk ujian litar, first skali naik bukit, then terus masuk parking, kemudian terus buat 3 penjuru. Kita belajar ngan test guna kereta lain2, so kena pandai2 la biasakan diri dengan keadaan clutch yang berbeza-beza belaka.

Test dalam litar kebiasaannya agak senang la jugak. Sebab kita duduk sorang2 dalam kereta. Cuma kena ingat step2 yang dah kita belajar la. Kalau test jalanraya mungkin agak sukar dan mendebarkan sikit. Tapi, berdebar kalau korang dapat tester yang muka ketat dan strict je la. Kalau tester korang baik, rajin berborak, and ajar korang bila korang buat silap mungkin tu tenang sikit la. Takde la menggelabah sangat kan. Kalau tester yg diam je masa korang bawak kereta sedar2 dia suruh korang berhenti tepi and biar dia bawak. Tu memang sakit. I feel u brotha and sista. Hahaha.


Ok, that's all. Semoga berjaya!



Boleh contact nombor tertera jika anda berada di sekitar Lembah Klang dan berminat mengambil lesen melalui Metro Driving Academy:
En Raffi - 0182088890
Pn Shida - 0172542613
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Instagram

Instagram

Twitter

Currently Reading