Jun 7, 2014

Ranking Universiti Malaysia 2014

Bekas jurulatih bola sepak negara, Datuk K. Rajagopal pernah berkata, "Ranking tidak penting". Adakah beliau benar atau sebaliknya?

Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa saban tahun berlambak graduan lepasan universiti yang ingin memasuki alam pekerjaan. Ya, amat kompetitif. Jadi, semasa sesi temuduga, ranking universiti mungkin boleh dijadikan sebagai positive first impression kepada bakal majikan yang menemuduga kita.

Namun selebihnya bergantung kepada kita juga, seperti pengetahuan dan soft skills kita. Semasa pengetahuan dan soft skills kita dinilai, ranking universiti menjadi sedikit kabur dalam pandangan para penemuduga. Mungkin.

Sebagai bukti, emak saya graduan UKM (#2) hanya memegang jawatan Manager manakala ayah saya graduan IIUM (#6) memegang jawatan Senior Manager di syarikat yang berlainan. Ayah saya juga pernah memegang jawatan Assistant General Manager (AGM) dan Consultant di syarikat yang sama emak saya bekerja.

Mungkin bukti tersebut tidak cukup, tapi sekurang2nya ada lah juga bukti di depan mata. Pengetahuan, keyakinan diri, sifat kepimpinan, kemahiran berkomunikasi semuanya datang atas usaha kita sendiri; jadi ranking universiti tak dapatlah tolong.

Semua syarikat di dunia inginkan keuntunggan dan impikan pasaran yang luas. Jadi, staf memainkan peranan yang signifikan bagi memastikan perkara tersebut menjadi kenyataan.

Namun lebih tinggi ranking sesebuah universiti mungkin lebih bagus cara pengajarannya, lebih bagus kemudahan yang disediakan, lebih bagus research yang dijalankan.

Tapi selebihnya terpulang kepada usaha kita sendiri juga. Yang penting ada ilmu ditimba, walaupun universiti berlantaikan tanah, berbumbungkan langit.
Berusaha dan berdoa. Kemudian bertawakal.

Berikut merupakan ranking universiti di Malaysia berdasarkan ranking daripada QS Asian University Ranking 2014. Universiti yang tersenarai hanyalah universiti yang termasuk di dalam top 300 di Asia sahaja.

Seperti biasa, lima universiti penyelidikan mengungguli ranking universiti Malaysia.








8-13. Multimedia University (MMU)











p/s Bagi kumpulan ranking 8-13 & 14-18 saya tidak pasti universiti mana yang mendahului universiti yang lain. Markah juga tidak dipaparkan di dalam website QS ranking.


Top 20 Universities in South East Asia



























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Instagram

Instagram

Twitter

Currently Reading