Oct 27, 2014

Sains Komputer, Bidang Masa Hadapan

Hakikat di Malaysia, bidang Sains Komputer agak hambar tidak mendapat sambutan.
Kebanyakan universiti awam mahupun swasta di Malaysia telahpun menawarkan kos sains komputer, namun bilangan pelajar yang memohon dan melanjutkan pelajaran di dalam bidang ini masih sedikit.

Tak boleh nak salahkan pelajar juga, sebab persepsi masyarakat dah macam tu.
Bila dengar sains komputer je terus tanya, "Ada future ke kalau masuk bidang tu?". Mereka yang berumur akan kata, "Zaman2 saya dulu, budak2 tak lepas pointer kena tendang masuk Science Computer."
Mungkin bagi masyarakat di Malaysia ni, sesiapa yang melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan, kejuruteraan, dan undang2 sahaja yang akan berjaya.

Persepsi masyarakat, nak buat macam mana.


Jadi, sebagai seorang yang mula bergiat aktif di dalam bidang ni, saya rasa terpanggil untuk mempromosi bidang Sains Komputer ini kepada masyarakat Malaysia khususnya.

Apabila seseorang menyambung pelajaran ke universiti, kebiasaannya mereka akan memikirkan tentang masa hadapan. Adakah mereka ingin bekerja dengan pendapatan yang lumayan ataupun ingin memulakan perniagaan sendiri. Mereka yang berminat untuk belajar, selalunya mereka yang ingin meningkatkan taraf hidup masing-masing, membalas jasa ibu bapa, berjasa kepada agama mahupun negara.

Jadi, jika kita lihat dalam konteks pekerjaan dan perniagaan, bidang Sains Komputer bukan lagi bidang yang ketinggalan. Dulu mungkin benar, tak dapat saya nafikan. Namun sekarang, komputer merupakan sebahagiaan dalam kehidupan. Bidang apa yang tidak melibatkan komputer? Cuba beritahu saya. Mungkin ada cuma majoritinya pasti menggunakan komputer.

Betul; semua boleh menggunakan komputer, tetapi tidak semua tahu tentang database, network, troubleshooting, software development, dan sebagainya. Jadi, graduan Sains Komputer bukanlah bakal receptionist di Cyber Cafe seperti gurauan pelajar2 kos lain di tempat saya belajar.

Di hampir semua syarikat atau institusi seluruh dunia, pasti akan ada IT Department/Unit. Siapa lagi kalau bukan graduan Sains Komputer/IT yang akan bekerja di department tersebut. Takkanlah lawyer, jurutera, mahupun doktor?

Jadi, ayuh rakyat Malaysia kita ubah persepsi kita terhadap kos2 di universiti. Jangan anggap kos A lebis bagus dari kos B. Rezeki ada di mana2. Malah yang drop-out juga boleh jadi jutawan, jika itu yang anda impikan lah.

Jika mahu berjaya dunia akhirat, ayuh ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. InsyaaAllah islamization-nya ada di situ selaras dengan misi UIA triple ICE (Integration, Internationalization, Islamization, & Comprehensive Execellence).
#promote #MasukBakulAngkatSendiri #offtopic

Haha.

Tetapi sebelum memasuki bidang ini, kemampuan diri harus juga difikirkan.
Mampukah kita belajar pelbagai jenis programming language? Mampukah kita sentiasa up-to-date dengan segala teknologi software/hardware pada era ini? Mampukah kita belajar matematik pada tahap yang lebih tinggi? calculus sudah semestinya. hehe

Bukan apa, saya tidak mahu Malaysia ketinggalan dari segi teknologi dan inovasi. Di negara2 barat, Sains Komputer sedang dalam proses diwujudkan di sekolah rendah. Cuba bayangkan, pelajar sekolah rendah sudah diperkenalkan dengan coding. Di Malaysia? Fikir-fikirkan.


Oh ya. Sebelum terlupa, di Malaysia pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mempromosi bidang IT. Jadi, bagi sesiapa yang khuatir tentang kedudukan bidang ini di Malaysia, tidak usahlah bimbang lagi.

Di bawah Pelan Transformasi Economi, lima bidang pendidikan yang difokuskan oleh kerajaan. Dua daripadanya melibatkan bidang IT/Sains Komputer iaitu Science, Technology, Engineering, and Math (STEM) dan Games Development.
Tiga bidang yang lain adalah Islamic Banking & Business, Health Sciences, dan Tourism & Hospitality.


Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Instagram

Instagram

Twitter