Nov 16, 2014

Warga Kuala Lumpur dan Selangor Sudah Penat

Seorang rakan saya di Pusat Asasi UIAM berkongsi artikel tentang 10 cabaran ekonomi terbesar pada tahun 2015 oleh Dato' Dr Nazri Khan. Klik di sini untuk membaca artikel.

Saya seorang pelajar, tetapi Ekonomi bukanlah bidang yang saya ceburi. Namun tak salah untuk ambil kisah sedikit tentang ekonomi dunia mahupun negara sediri. 

Setelah membaca artikel tersebut yang dikongsikan oleh rakan saya melalui group whatsapp, salah satu cabaran ekonomi yang dinyatakan menarik perhatian saya. Cabaran tersebut ialah produktiviti pekerja yang kurang cemerlang.

Di dalam artikel ada menyebut bahawa tahap produktiviti pekerja di Malaysia jauh lebih rendah berbanding negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan, dan Singapura.


Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang saya pun tidak tahu level produktiviti mereka tinggi ataupun tidak menyatakan bahawa, rakyat Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.

Jadi, rakyat Malaysia tidak bolehlah merungut jika gaji kita lebih rendah kerana produktiviti kita jauh lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan negara maju.

Tetapi bukanlah kita yang salah sepenuhnya. Selain cuti umum dan peristiwa yang berlambak-lambak sepanjang tahun, perjalan untuk ke tempat kerja juga memainkan peranan yang cukup signifikan di dalam cabaran ekonomi yang dinyatakan oleh Dato' Dr Nazri Khan.

Termasuk pekerja asing, populasi negara kita ialah 30juta. Tujuh hingga lapan juta daripadanya berada di sekitar Lembah Klang. Lembah Klang terdiri daripada Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa bandar yang lain seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Kajang, Sepang, Bangi, dan lain-lain.

Cuba bayangkan jika tujuh juta orang rakyat Malaysia bergegas ke tempat kerja di Lembah Klang pada waktu pagi dan pulang ke rumah pada waktu petang serentak.


Pertama kali saya bekerja adalah semasa cuti semester pendek tahun lepas. Bekerja di Maxis KLCC selama 2 bulan lebih. Tetapi pada masa itu, taklah rasa sangat sebab bekerja mengikut shift. Pukul 10 atau 11 pagi mula bekerja, pukul 9 malam baru balik. Jadi tidaklah sesak.

Berbalik kepada topik, pada cuti kali ini saya bekerja di sebuah syarikat Sdn. Bhd. yang masih amatur di kawasan Setapak. Kerja saya kali ini mengikut waktu pejabat atau office hour, 9am hingga 6pm.

Pagi, saya terpaksa keluar sebelum 6.30 pagi untuk sampai ke pejabat tepat pada masanya kerana ingin mengejar waktu sarapan di kawasan sekitar tempat saya bekerja. 6.30 pagi sudah dikira lambat kerana kebanyakan jalan yang saya lalu sudah mula sesak. Jika keluar lewat daripada waktu itu, jalan bukan lagi sesak tetapi pasti tersumbat tidak bergerak. 

Untuk pulang, saya akan menuju sama ada ke pejabat emak saya di Menara TM ataupun ayah saya di Berjaya Times Square.

Sampai di pejabat mereka pukul 7 malam kemudian terus menunaikan solat maghrib, makan malam dan pukul 8 hingga 8.30 malam barulah bertolak pulang ke rumah. Jika bekerja di KL, pulang ke rumah pada pukul 8 malam trafik masih  lagi sesak. Kebiasaannya, perjalanan mengambil masa 45 minit hingga lebih satu jam. Jadi, sampai di rumah setiap hari pasti berita Buletin Utama di TV3 sudah habis. Hehe.

Cuba bayangkan, keluar rumah menuju ke pejabat pada pukul 6.30 pagi manakala tiba di rumah dari tempat kerja selepas pukul 9 malam. Dan putaran ini berlaku setiap hari selama lima hari seminggu. 

Baru dua minggu bekerja, saya hampir mengalah. Tetapi demi menjelajah dunia, terpaksa aku relakan. Haha.

Jika masalah kesesakan di jalanraya dan di dalam pengangkutan awan berterusan, adakah kami mampu untuk meningkatkan produktiviti kami di tempat kerja? Negara2 seperti United Kingdom, Jepun, dan Singapura mereka mempunyai sistem pengangkutan awam yang sistematik sehingga semua rakyat mereka boleh bergantung sepenuhnya dengan pengangkutan awam. Maka tidak hairanlah tahap produktiviti mereka tinggi.
ini baru Osaka ya, belum lagi tengok Tokyo, Paris, mahupun London

Perjalan untuk ke pejabat sahaja sudah memakan banyak tenaga. Sampai di pejabat pasti sudah penat, tahap produktivi pasti terus berada dalam keadaan tenat.

Tiang MRT baru hendak berdiri. Monorail sudah nazak dengan hanya dua gerabak. LRT pada waktu puncak langsung tidak tidak ada impak. Bas yang ada masih tak tepati masa.


Jadi, pilihan yang ada, semua memandu kereta!

Wahai pemimpin, kami warga Lembah Klang sudah penat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Instagram

Instagram

Twitter

Currently Reading