Sep 1, 2015

Trademark 'Grille' Industri Automotif

Hakikatnya, memang sudah terbiasa dengan penulisan Bahasa Inggeris di dalam blog saya.
Apabila memikirkan sesuatu tajuk entri, automatik tajuk yang terbit  dari pemikiran pasti dalam Bahasa Inggeris. Memang sudah terbiasa. Ceh... Terbit

Namun, Blogger ada membuat satu pengumuman di dashboard blog saya, yang tertulis;
Why not blog in Malay? 
With over 220 million speakers around the world, and a rapidly growing audience, Malay content could be the next opportunity to get you new readers. You can create a new account or use your existing AdSense account to monetize your Malay content. Get started now.

Tersentap dengan peringatan Blogger, lalu muncul lah topik pada hari ini iaitu "Trademark 'Grille' Industri Automotif". Walaupun tidaklah sepenuhnya Bahasa Melayu (BM), tapi sekurang2nya sebahagian besarlah.
Memadangkan semester depan saya akan mengambil subjek BM setelah dua tahun meninggalkan matapelajaran BM secara formal di dalam kelas, jadi ini platform terbaik untuk refresh semula.

Industri Automotif.
Sebuah industri yang sangat2 kompetitif. Kos penyelidikan & pembangunan (RnD) yang sangat tinggi bagi sebuah kenderaan/model sahaja. Bagi menghasilkan sebuah kenderan yang berkualiti tinggi, setiap syarikat automatif perlu menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan cara meningkat jumlah produksi kenderaan.



Namun, jumlah produksi kenderaan perlulah didahului dengan permintaan ramai atau 'high demand'.
Bagi memperolehi demand yang tinggi, sesebuah syarikat automotif perlulah mempunyai reputasi yang baik.

Negara seperti Germany, Jepun, dan Korea Selatan merupakan contoh negara yang mempunyai syarikat automatif yang mempunyai reputasi yang tinggi.
Sebut sahaja Mercedes, BMW, Volkswagen, Toyota, Honda, KIA, mahupun Hyundai pasti semua mengenalinya.

Syarikat2 tersebut mempunyai jumlah permintaan yang sangat tinggi, lalu secara automatiknya jumlah produksi bagi sesebuah kenderaan pastilah tinggi.
Maka tidak hairanlah mereka mampu melabur jumlah wang yang besar bagi proses RnD untuk sesebuah model kenderaan kerana pulangannya juga cukup besar.

Banyak negara yang melindungi syarikat2 automotif mereka di pasaran tempatan bagi meningkatkan demand. Sebab itulah jika anda perasan, di negara seperti Jepun dan Korea Selatan kebanyakan kereta di atas jalanraya merupakan kereta buatan tempatan. Begitu juga di Eropah.

Jadi, jika kita inginkan Proton menghasilkan model yang berkualiti, pastikan mereka rela mengeluarkan asset tunai yang cukup tinggi bagi proses RnD. Tetapi demand juga mestilah tinggi supaya pulangan model tersebut lebih besar dari pelaburan yang disuntik oleh Proton atau pemegang2 saham.

Jadi, pada kali ini mari kita bersama-sama melihat trademark industri automotif yang unik kita boleh lihat sekarang ini terutamanya di pasaran automotif tempatan.

Baiklah, grille atau corporate grille melambangkan indentiti sesebuah kenderaan atau syarikat automotif. Fungsi grille mengikut kejuruteraan automotif ialah kawasan terbuka pada badan kenderaan bagi membolehkan dan melancarkan peredaran udara.

Jadi berikut merupakan grille yang biasa kita lihat di atas jalanraya di Malaysia:

BMW Lungs
Source: wemotor.com
source: The Malay Mail

Mercedes Benz 
single & double line(s) grille
Source: carlist.my
Source: themalaymailonline.com
Source: carlist.my
Source: autofreaks.com

KIA Tiger Nose
Source: autofreaks.com

Source: nazakia.com.my

Toyota
Source: paultan.org
Source: toyota.com.my

Honda
Source: honda2ubeli.blogspot.com
Source: zafryhonda.blogspot.com

Audi
Source: automoview.com
Source: carlist.my

Hyundai
Source: motortrader.com.my
Source: hokangtao.com

Kereta nasional "kebanggaan" negara, Proton juga mempunyai trademark tersendiri iaitu
Proton Wings
Source: autocarasea.com
Source: wikipedia.org
Source: paultan.org


Sekian.



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Instagram

Instagram

Twitter